Wednesday, 9 March 2016

Mengamalkan Perpaduan

Perpaduan dalam kalangan masayarakat merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kepada kemajuan negara. Negara Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum,. Sebagai rakyat malaysia, kita harus berusaha untuk memupuk perpaduan yang hakiki dan mengekalkan semangat perpaduan dari generasi ke generasi. Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott pernah menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur dalam amalan beragama. Kita dapat dipupuk melalui amalan kunjung-mengunjungi pada hari perayaan menerusi amalan rumah terbuka untuk mengeratkan hubungan silaturahim di samping dapat memupuk perpaduan tanpa mengira darah dan warna kulit. Kita perlu menyedari kepentingan elemen perpaduan kerana perpaduan merupakan tunjang kejayaan dan kemajuan negara. 

No comments:

Post a Comment