Wednesday, 9 March 2016

Mendukung Prinsip Rukun Negara

Kita sebagai rakyat Malaysia, harus membentuk sebuah negara yang berdaulat dan bersepadu. Malaysia melalui kebijaksanaan para pemimpinnya telah melakarkan suatu garis panduan iaitu Rukun Negara. Rukun Negara telah menjadi tonggak panduan untuk masyarakat Malaysia. Sebagai negara yang berpaksikan ideologi demokrasi, hak dan kebebasan rakyat hendaklah dihormati. Masyarkat Malaysia perlu sensitif terhadap kepentingan dan nilai perasaan orang lain seperti kata peribahasa, hukum orang memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak. Sebagai contohnya, Malaysia mengamalkan sistem beraja yang sentiasa dijadikan tonggak perpaduan - rakyat Malaysia perlu menghormati raja .Setiap rakyat perlulah lebih sensitif dan sentiasa menjunjung tinggi nilai-nilai dan falsafah yang terkandung dalam Rukun Negara demi mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

No comments:

Post a Comment