Tuesday, 1 March 2016

Kesimpulan

Agenda patriotisme perlu disemarakkan di kalangan masyarakat Malaysia dan bukan hanya bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka tanggungjawab mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat patriotisme perlu dihayati kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan kembali jiwa patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapl kini, kita perlu bergerak maju dan pada masa yang sama menghapuskan saki-baki penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan bangsa Malaysia akan terus maju dengan semsangat patriotisme sejati.

10 comments: