Thursday, 10 March 2016





POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
KOD KURSUS: DUB2012
NAMA KURSUS: NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
TAJUK:PATRIOTISME
NAMA PENSYARAH:PN. SITI AISHAH BINTI OTHMAN
JABATAN PENSYARAH: JABATAN PENGAJIAN AM
NAMA PELAJAR DAN NO. PENDAFTARAN:
  •          KEINISHA A/P VERRAMONEY (16DKA15F1105)
  •          KALAJVANI A/P CHANDRAN   (16DKA15F1990)
  •          THARSENI A/P GOBI                   (16DKA15F1092)
  •          DHARINI A/P DEVAN RAJ          (16DTP15F1049)

PROGRAM DAN KELAS:
  •          DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM  (DKA2D)
  •          DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM  (DKA2D)
  •          DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM  (DKA2D)
  •          DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (DTP2B)

SESI:DISEMBER 2015

Wednesday, 9 March 2016

Menaikkan Imej Negara

Semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.


Mengamalkan Perpaduan

Perpaduan dalam kalangan masayarakat merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kepada kemajuan negara. Negara Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum,. Sebagai rakyat malaysia, kita harus berusaha untuk memupuk perpaduan yang hakiki dan mengekalkan semangat perpaduan dari generasi ke generasi. Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott pernah menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur dalam amalan beragama. Kita dapat dipupuk melalui amalan kunjung-mengunjungi pada hari perayaan menerusi amalan rumah terbuka untuk mengeratkan hubungan silaturahim di samping dapat memupuk perpaduan tanpa mengira darah dan warna kulit. Kita perlu menyedari kepentingan elemen perpaduan kerana perpaduan merupakan tunjang kejayaan dan kemajuan negara. 

Mendukung Prinsip Rukun Negara

Kita sebagai rakyat Malaysia, harus membentuk sebuah negara yang berdaulat dan bersepadu. Malaysia melalui kebijaksanaan para pemimpinnya telah melakarkan suatu garis panduan iaitu Rukun Negara. Rukun Negara telah menjadi tonggak panduan untuk masyarakat Malaysia. Sebagai negara yang berpaksikan ideologi demokrasi, hak dan kebebasan rakyat hendaklah dihormati. Masyarkat Malaysia perlu sensitif terhadap kepentingan dan nilai perasaan orang lain seperti kata peribahasa, hukum orang memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak. Sebagai contohnya, Malaysia mengamalkan sistem beraja yang sentiasa dijadikan tonggak perpaduan - rakyat Malaysia perlu menghormati raja .Setiap rakyat perlulah lebih sensitif dan sentiasa menjunjung tinggi nilai-nilai dan falsafah yang terkandung dalam Rukun Negara demi mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Menghormati Lagu Negaraku

Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan. Lagu kebangsan melambangkan kebanggaan dan kedaulatan sesebuah negara itu. Malaysia terkenal dengan lagu Negaraku . Lagu Negaraku sering dinyanikan diperhimpunan di sekolah dan semasa Hari Merdeka di tempat penyambutan Merdeka. Sebagai rakyat malaysia, kita harus kaya dengan prinsip dan doktrin penting untuk memupuk semangat patriotisme. Kita harus berasa bangga dan berdiri tegak apabila lagu Negaraku dinyanyikan sebagai tanda hormat. Sebagai rakyat yang telah banyak termakan budi kepada negara, kita sepatutnya menujukkan taat setia kepada negara dengan menghormati lagu kebangsaan.

Thursday, 3 March 2016

Kesan-Kesan

Berikut merupakan kesan-kesan daripada sikap patriotisme:
a) Gelak ketawa masyarakat
Dengan wujudnya semangat patriotisme ini, negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke-59 dan melalui sambutan hari kemerdekaan ini, kita dapat melihat betapa aman harmoninya negara kita melalui gelak ketawa masyarakat.

b) Lima prinsip Rukun Negara
Melalui semangat patriotisme juga, setiap lapisan masyarakat dapat menyahut dan mampu mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara,iaitu:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepda Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Melalui prinsip-prinsip ini, pemimpin dapat memimpin negara lebih berdisiplin dan berdaya maju.

c) Proses pemodenan negara berjalan dengan lancar
Proses pemodenan ini hanya akan dapat dilaksanaakan jika adanya respon dan kerjasama dalam  kalangan rakyat. Oleh itu, dengan adanya semangat patriotisme, masyarakat akan lebih memetingkan hal-hal untuk memajukan negara daripada diri sendiri agar negara agar mampu "Berdiri sama thinggi, duduk sama rendah: dengan negara negara maju yang lain seperti Jepun dan China. Kereta-kereta dan barangan-barangan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menera Berkembar Petronas adalah bukti hasil titik peluh masyarakat dalam memodenkan negara.